Kerja Kuat!!!

Sepanjang minggu lepas yang agak mencabar...hari biasa bekerja dan sabtu ahad running part time..Esok cuti nak rest bersama anak2 dan mengemas rumah...nasib baik baju2 dah selamat dibasuh tinggal nak lipat je..fuhh...3 bakul tu blm msk suar jeans ayah dia lagi..


Mai nak berterima kasih kepada Maklang, Kak As dan Kak Aida yang memberi peluang untuk Mai utk turut serta di booth mereka di Carrefour Ampang..Terima kasih..Di sana Mai dapat berkenalan dengan Kak Norbaity dari Taman Melati...Fuhh..jauh gak dia "shopping" tapi kite sedia maklumlah 28/4 hari tu banyak jalan ke KL ditutup..Akhirnya dia menjadi ahli jugak..Terima kasih kak, nanti kite wat party pizza yea..Petang berkejar ke Kota Damansara plak...tapi sayang x ramai orang coz mrk takut nak keluar rumah.. xlepas nak byr duit minyak pun..adat menjual ada untung ada rugi..cabaran tuhh..


Hari ahad, Mai buka booth coz Kak Aida ada hal pg tu..Semuanya berjalan lancar..banyak yg membeli barang dan ada juga yang bertanya macam mana nak jadi ahli..Alhamdulillah dapatlah seorang lagi..Dia suh daftarkan pada bulan Mei nanti coz suka Mei.Oklah kak..ntah mcm mana boleh plak terlupa bg free gift dr Mai..xpe janji esok beri lepas balik daripada opis..lagipun dia dalam perjalanan hantar mak pulang ke kg. Malam di Kota Damansara oleh kerana partner x dpt dtg maka Mai pun jual la stok2 baju2 budak yang tinggal (terpaksa stop coz asyik2 anak2 je amik dulu).Yelah xkan nak jual Tupperware je dlm satu khemah 10x10..nasib baik ada member khemah sebelah bg pinjam meja..Sikit2 terjuallah baju2 tu..Rezeki malam tu..


Eh..panjang plak citer utk 2 hari ni kan..x pe lah harap anda sudi membaca semua yea..Sentiasa tanam dalam diri mesti kuat untuk merubah kehidupan masa kini demi masa depan diri sekeluarga.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kenapa MAB tidak perlu KKM?

Penyakit Vertigo - Apa yang perlu kite tahu?

Testimoni LECITHIN SHAKLEE