Geram sangat

Ni nak cerita pasal karnival yang saya ikut sekali sabtu lepas..Geram sangat coz kak ni (layak makcik!!!) dah tipu saya hidup2..Ya Allah, ada jugak yang nak menipu walau kat masjid pun..Mula2 tu dia kata booth saya kat tempat bahagian kering tapi rupanya2 kat tempat basah!!!Dah la kite bayar deposit takut2 tak dapat tempat ni alih2 yg tak bayar deposit pun dah tempat kat situ, mana tak hangin satu badan..Nasib baiklah cik abang kata bersabarlah tak semua orang JUJUR macam ibu, nak berniaga ni kena banyak bersabar.(mm..sejuk sikit la hati bila dipuji oleh orang tersayang).


Nak tak nak terpaksalah teruskan buka booth tu..kanan orang jual laksa n kiri jual makanan jugak..Terkial2 la kite kat belakang dan nasib baik la makcik belah kiri sudi kebelakang sikit supaya ada laluan untuk pelanggan ke booth saya..Syukur ada juga insan berhati mulia tu bukan macam makcik sebelah tu, dah la amik space kite pastu buat dek je..banyar sama je..


Tapi Allah tu Maha Adil, dalam tersepit dan tersorok tu rezeki tetap ada..banyak jugaklah item saya terjual dan lepaslah kos bayar sewa tu..dapat kawan baru lagi..Saya tak tunggu sampai malam pasal kecewa pasal space booth tu..Malam tu pun ada yang masih sms saya nak beli Tuppwerware (coz saya ada bagi baucer RM10 untuk pembelian lebih RM100)..


Hati juga terubat sikit lepas dengar lagu penyanyi dari seberang iaitu Opik (betul ke ejaan nama dia ni??) dan dapat jumpa Ustaz Don..

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kenapa MAB tidak perlu KKM?

Penyakit Vertigo - Apa yang perlu kite tahu?

Testimoni LECITHIN SHAKLEE