Catatan

Tunjukkan catatan dari 2019

Ada Pelangi Setelah Hujan Turun

Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera. Sudah setahun tidak menulis di blog Skutermerah. Kali ni ingin menulis pula. Tajuk kali ini berkenaan Ada Pelangi Setelah Hujan Turun. Mengapa saya  tulis begitu? Kisahnya bermula tahun lepas apabila sakit lamaku kembali semula menghantui. Sakit buasir ku kembali lagi. Selepas pembedahan pertama pada 2017 ku tak sangka sakit itu datang semula. Akhirnya setelah hampir setahun buat check up di Hospital Ampang akhirnya ku selamat menjalani pembedahan major juga la pada 28 Ogos 2019. Nanti Mai tulis mengenai perkara itu.  Sekarang Mai nak ceritakan perkara-perkara baik yang telah berlaku dalam tempoh 2 bulan ini. Cerita lanjut dan gambar next entry la ye.  Pertama ********** Selepas cuti sakit selama 3 minggu, Mai dapat peluang ke Sabah atas urusan kerja. Ya Allah, peluang yang ditunggu2 tiba jua. Setelah 14 tahun berkhidmat dalam perkhidmatan awam akhirnya dapat jua ku ke INTAN Sabah. Salah satu kampus INTAN. Akhirnya kaki ku s