Blog masih releven

 Assalamualaikum wbt.


Ya Allah, lamanya tidak kemaskini blogku ini. Semoga aku diberi semangat untuk menulis kembali. 


Kesibukan dengan kerja hakiki dan menguruskan rumahtangga membataskan untuk aku menulis dalam blog. Mungkin orang akan kata ahh alasan dan mungkin juga ada beranggapan blog sudah tidak ramai yang akan baca. Tapi dengan keadaan munculnya pelbagai medium sosial seperti Tik T*k , ramai mula beralih arah dari FB dan Inst*gram ataupun Tw*tter. 


Namun Mai percaya masih ada yang akan membaca blog kerana ketika membuat carian dalam google, masih banyak info yang boleh diperolehi melalui blog. Contohnya ketika Mai buat keputusan untuk melancong ke Pulau Langkawi awal bulan lepas. Banyak info yang Mai perolehi ketika mencari maklumat untuk ke sana secara backpacker. 


Maklumlah sebelum-sebelum ini, Mai ke Pulau Langkawi dengan menaiki kereta api (ini ketika mula-mula jejak kaki ke situ untuk honeymoon, dapat tiket hotel hadiah daripada syarikat tempat suami bekerja). Itu dululah, sekarang apa pun tak dapat dari syarikat tu. 


Kali kedua sehingga keempat ke Pulau Langkawi dengan menaiki bas pejabat kerana urusan rasmi membawa pegawai-pegawai dari luar negara. Lepas tu ke sana dengan menaiki kapal terbang. Satu pengalaman baru, pertama kali merasa berkejaran dari satu pintu ke satu pintu dek kerana waktu penerbangan delay beberapa kali. Sepatutnya waktu penerbangan kami pukul 4.30 petang tapi akhirnya kami naik kapal terbang tu pukul 7.00 petang. Sudahlah bersama-sama 3 orang pegawai. Jadi satu kenangan pada tahun 2019 sebelum pendemik melanda negara ketika itu. Selepas tu kena kurung hampir 2 tahun.


Ehh...dah jadi trowback plak kisah ke Langkawi ni. Okey sambung semula kisah Mai mencari maklumat-maklumat mengenai pulau tersebut selain hasil perkongsian dari rakan fb dan pembacaan blog. Jadi selepas mendapat semua maklumat tu, Mai mula merancang dan membuat pembelian tiket secara dalam talian. Ternyata memang memudahkan urusan apabila semua tiket dapat dibeli dan anda hanya perlu mencetak saja.Anda tidak perlu menunggu atau beratur lama untuk mendapat tiket seperti dahulu lagi.


Baiklah nanti Mai cuba sambung lagi mengenai travel secara backpacker bersama anak berusia 9 tahun ke Pulau Langkawi. Sudah lewat malam ni.



Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kenapa MAB tidak perlu KKM?

Penyakit Vertigo - Apa yang perlu kite tahu?

Testimoni LECITHIN SHAKLEE