Rezeki Jumaat 5/7/12
Lamanya dah tak update blog skutermerah eshoppe ni...sibuk sangat dengan kerja hakiki yang banyak tu dengan kerja2 kat rumah..
Alhamdulillah..ni semua barang kengkawan yang dipesan pada hari Jumaat lepas..Rezeki anak-anak..Yang masyuknya dapat tempahan daripada sorang pegawai kat tempat kerja.Dia telah pesan semua set one touch biru, eco botol 500ml dan 1000ml, tumbler princess 2 bj dan Insulated Serving dish with colander, jumlah semua boleh tahan..Alhamdulillah.
Sabtu tengahari dengan membawa anak2 naik skutermerah kesayanganku pi ke stokis untuk membeli semua tempahan. Jika tak selalu beli dengan cik abg tapi dia kena keja la plak. Dari petang hingga malam pi menghantar barang2 yang dipesan. Tempat2 yang dihantar ada yang dekat je dengan kawasan rumah, pastu ke flat Sri Nilam dan akhir sekali Pandan Indah..
Yang kelakarnya dulu asyik panggil diri ni akak n Siti Hajar, siti je..Rupa2nya bila bertentang mata, dia yang sepatutnya ku panggil akak..Dia lebih tua daripada diriku dan suami..Kami sama-sama gelak, dan nak ditambahkan cerita masa pi cari rumah dia..Selalu pi hantar barang dengan cik abg tapi malam tu aku pergi merempit dengan anak daraku sahaja.Hanya kerana salah masuk lorong, aku dah berpusing-pusing kat taman pandan jaya tu..
Hari ini mula jam 2.00 hingga 6.00 petang, aku ada event di Hotel Flaminggo, sempena pembukaan stokis ke 7 tahun..Hu3..masih xde rezeki lagi dalam lucky draw..Ipad masih dimenangi oleh auntie2 bukan belia2 macam kami..Masa kat Jubli pun sama,,,:(
Oklah..penat sudah menulis..kite sambung esok2 ye...:-) Nak bungkus barang2 yang dibawa esok..
Ulasan
Catat Ulasan