Selamat Hari Raya dan kemaskini penghantaran
Rasanya masih belum terlambat untuk saya ucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri kepada rakan2 yang sudi singgah di blog online ku ini...lambat sikit update coz raya tahun ni pertama kali beraya di rumah kakak kat Putrajaya.
Raya ketiga saya berjumpa dengan partnerku dalam bisness ni Tnk Aishahrina di Ampang Point. Beliau dalam perjalanan pulang dari Terengganu ke rumah keluarga di Shah Alam. Dia telah order pretty pink set buy 4 free 4 n exclusive purchase sebelum cuti hari raya lagi. Terima kasih Kak Rina. Penat katanya drive jem teruk kat highway Karak tadi,,nasib baik bergilir2 dengan cik abang kan.Si comel tu pun dah kuyu lepas makan McD.
Minggu lepas sempat updated sehingga hari selasa 14 hb Ogos je kan..tapi penghantaran barang2 yg diorder masih berjalan seperti biasa..semua cod..Nak terima kasih juga kepada member2 opis yang banyak membeli barang2 tupperware semasa saya wat "Gila2 Sales" pada hari Rabu 15hb Ogos hari tu..Terima kasih jugak kepada Hidayu Mohamad yg telah membeli 2 ot kale hijau n biru tu pada petang 16hb Ogos..Kami jumpa kat Bazaar Ramadhan Bandar Baru Ampang je..Banyak membeli adik ni utk iftar ye,,
Pada tengahari yang sama saya minta bantuan cik abang untuk hantar set OT tulip dan Tall Canister kepada Siti Hajar kat tempat kerja dia di Jalan Raja Chulan.Pembelian last minute untuk simpan kuih raya,tapi maaf ye Siti Hajar stok saya tinggal yg besar2 ni. Oklah kan dari takde boleh simpan kerepek2 dan jadi koleksi printed tu..Besar, murah dan ada free gift..Terima kasih, akak jual tau..Jik
Ulasan
Catat Ulasan