Ada Pelangi Setelah Hujan Turun

Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera.

Sudah setahun tidak menulis di blog Skutermerah. Kali ni ingin menulis pula. Tajuk kali ini berkenaan Ada Pelangi Setelah Hujan Turun. Mengapa saya  tulis begitu?

Kisahnya bermula tahun lepas apabila sakit lamaku kembali semula menghantui. Sakit buasir ku kembali lagi. Selepas pembedahan pertama pada 2017 ku tak sangka sakit itu datang semula. Akhirnya setelah hampir setahun buat check up di Hospital Ampang akhirnya ku selamat menjalani pembedahan major juga la pada 28 Ogos 2019. Nanti Mai tulis mengenai perkara itu. 

Sekarang Mai nak ceritakan perkara-perkara baik yang telah berlaku dalam tempoh 2 bulan ini. Cerita lanjut dan gambar next entry la ye. 

Pertama
**********
Selepas cuti sakit selama 3 minggu, Mai dapat peluang ke Sabah atas urusan kerja. Ya Allah, peluang yang ditunggu2 tiba jua. Setelah 14 tahun berkhidmat dalam perkhidmatan awam akhirnya dapat jua ku ke INTAN Sabah. Salah satu kampus INTAN. Akhirnya kaki ku sampai ke sana pada 22 Sept dan berada di sana sehingga 26 Sept 2019.

Kedua
*********
Ketika di sana, di pejabat pula sedang membincangkan retreat kluster. Setelah kata sepakat dicapai mereka bersetuju untuk memilih ke Pulau Langkawi. Dek kerana minggu ketiga Oktober Mai masih menjaga kursus so Mai ke sana pada 18 Oktober 2019 (Jumaat petang). Flight sepatutnya pada pukul 6.00 petang telah tertangguh sejam. Itu tak termasuk menukar pintu gate di lapangan terbang. 

Ketiga
********
Dapat membawa anak2 merasai pengalaman mencari pepahat di Pantai Baru Morib. Saja bawa mereka di samping menyambut hari ulang tahun perkahwinan kami yang ke 15 tahun. 

Maka ingatlah Allah adalah sebaik2nya perancang. Disebalik kesedihan dan kedukaan, Allah SWT ganti dengan kegembiraan. Alhamdulillah. 

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kenapa MAB tidak perlu KKM?

Penyakit Vertigo - Apa yang perlu kite tahu?

Testimoni LECITHIN SHAKLEE