Lempeng Kosong + Kuah Sardin
Lempeng kosong cicah kuah sardin je. Sejuk2 sedap makan gini. Paling mudah, cepat dan sedap. Masih adakah golongan muda seperti kami yg suka makan makanan spt ini?
Bahan.
=======
☘ 2 cawan tepung gandum
☘ secubit garam
☘ air (maaf lupa nak sukat) agak2 cair tepung tu ye.
Bancuh semua tu sehingga sebati dan tiada ketul2.
Panaskan kuali non stick. Letak sesenduk atas kuali dan ratakan secara membulat guna senduk. Kalau pandai pusing2kan kuali tu blh je buat gitu.
Dah naik gelembung sikit, terbalikkan. Dalam 20 saat angkat dr kuali. Siap. Buat sampai habis ye.
Sambal sardin Adabi (ini cara sy)
=================
☘ sebiji bawang dihiris
☘ daun kari
☘ 1 tin sardin Adabi
☘ 1 sudu asam jawa (dibancuh bersama sedikit air)
☘ 1 sudu sos cili (boleh ganti dgn cili padi potong kalau nak pedas)
☘ sedikit minyak utk tumis
Tumis bawang merah+ daun kari sehingga wangi. Tuang sardin bersama kuah dlm periuk. Isikan 1/2 air biasa dlm tin sardin td dan tuang dlm periuk td. Hancurkan ikan menggunakan senduk tu.
Biarkan mendidih. Tambah air asam jawa, sos cili/cili padi. Masak sehingga kuah pekat. Siap.
Sedia utk di makan. Bismillah.
#menusarapan #minumpetang #makananoranglama #lempeng #kuahsardin #masakanrumah #maizura81
Ulasan
Catat Ulasan