Penyakit Vertigo - Apa yang perlu kite tahu?

Assalamualaikum wbt.

Hari ni saya ingin bercerita mengenai penyakit Vertigo. Ini kerana pada minggu lepas saya ditanyakan soalan ini oleh bekas pegawai saya untuk mak mentua beliau. Saya berterima kasih juga kepada beliau kerana saya dapat maklumat lebih lagi mengenai penyakit ini.

Penyakit Vertigo menurut Pusat Rujukan Persuratan Melayu Dewan Bahasa dan Pustaka dari segi Biologi ialah:

i) pening kepala iaitu seolah-olah keadaan sekeliling berpusing
ii) penyakit atau gangguan pada radas vestibulum yang menyebabkan seseorang mempunyai perasaan/bayangan seperti berlakunya sesuatu pergerakan pada dirinya/benda lain disekitarnya sehingga ia terhoyong-hayang dan pening.

Sila klik dan besarkan gambar sekiranya ingin lihat lebih jelas.

Informasi tambahan mengenai definisi dan pengertian penyakit vertigo bahawa kata Vertigo (dari bahasa Latin vertō “gerakan berputar”) adalah salah satu bentuk sakit kepala dimana penderita mengalami persepsi gerakan yang tidak semestinya (biasanya gerakan berputar atau melayang) yang disebabkan oleh gangguan pada sistem vestibular. Penyakit vertigo sering kali diawali dengan gejala mual dan muntah serta ketidakmampuan penderita menjaga keseimbangan badan, kondisi ini membuat penderita vertigo mengalami kesulitan berdiri atau berjalan.

Info berkaitan Vertigo (carian Google)




Apakah yang menyebabkan penyakit Vertigo?
Penyebab umumnya timbul kerana terdapat masalah pada cara kerja sistem keseimbangan yang ada pada bahagian telinga. 

Selain itu, ia juga disebabkan oleh beberapa masalah yang terjadi pada bahagian saraf otak.

Contoh:
1. Sakit kepala pada bahagian sebelah kepala/migran yang teruk
2. Terganggunya keseimbangan perifer pada pergerakan kepala yang dalam istilah kedoktoran  disebut Benign Paroxysmal Positional Vertigo (BPPV)
3. Keradangan yang terjadi dari saraf vestibular yang berjalan melalui telinga bahagian dalam dan mengirimkan neuron menuju ke otak, yang bertugas membantu dalam mengendalikan keseimbangan 
4. Infeksi pada telinga bahagian dalam/ labirintis
5. Luka luar seperti di bahagian kepala dan leher, stok, tumor, 


Gejala penyakit Vertigo pelbagai bergantung pada keadaan penyakit Vertigo itu sendiri. Biasanya anda akan mengalami demam dengan suhu yang tinggi, hilang pendengaran dan tinitus/telinga berdengung.

Malah pengidap Vertigo biasanya merasakan sakit kepala seolah-olah sedang berputar, rasa berayun-ayun, kehilangan keseimbangan dan rasa tertarik ke satu titik atau arah.

Gejala lain adalah perasaan mual, pergerakan mata yang abnormal, sakit pada bahagian kepala, hilanganya pendengaran, atau telinga berdengung. Ia boleh datang secara tiba-tibadan berlaku selama beberapa minit atau jam, bahkan ada berhari-hari. 

Penyebab Vertigo tidak terjadi atas sebab faktor keturunan, namun disebabkan beberapa faktor seperti migrain, radang pada leher, kelainan saraf, mabuk kenderaan, mabuk akibat alkohol ada jangkitan bakteria pada telinga, gangguan penglihatan, kekurangan oksigen ke otak, tekanan emosi dan ubat-ubatan.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kenapa MAB tidak perlu KKM?

Testimoni LECITHIN SHAKLEE