Selamat Hari Raya Aidil Fitri 2015

Assalamualaikum..Hampir sebulan setengah tidak update blog Mai Skutermerah ini.Bulan Jun dan Julai memang bulan yang penuh dugaan selain daripada bulan puasa.2 bulan tersebut Mai sibuk dengan baby kecik Afia yang tidak sihat.Lagi seminggu nak raya,anak kedua Aida plak dijangkiti demam campak.Habis satu badan dan kepala. Mujur kat muka x banyak sangat.5 hari nak raya plak anak pertama plak disyaki kena denggi.Allah...Mai pujuk hati supaya sabar dan redha dengan dugaan ini.Haziq siap kena amik darah 4 kali dan kali terakhir adalah pada hari raya ke 2.Keputusannya darah pada kali ke 4,doktor mengesahkan bukan denggi tetapi disyaki virus kerana sel darah putih Haziq kurang.
 
Sehari sebelum raya, anak-anak menunjukkan mereka semakin sihat dan bolehlah merayakan hari raya nanti.Haziq dan Aida pertama kali tidak berpuasa penuh tahun ini.Barulah Mai dan suami membeli baju Afia,diri sendiri dan cik abang.Baju Haziq dan Aida sudah kami beli sebelum mereka sakit hari tu di Sogo.
 
Okeylah rayakan sebulan.Di sini Mai sekeluarga ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri 2015 kepada semua pembaca blog skutermerah.Maaf zahir batin sekiranya ada tersilap kata ea...
 
 

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kenapa MAB tidak perlu KKM?

Penyakit Vertigo - Apa yang perlu kite tahu?

Testimoni LECITHIN SHAKLEE