Menu berbuka Puasa

Pejam celik pejam celik dah 20 hari kite berpuasa..X lama lagi dah nak raya plak..Alhamdulillah baju anak2 dah beli awal bulan Mei hari tu, jadi skang tinggal nak cari baju kurung je untuk anak dan untuk saya, suami dan anak bujang x beli kerana rasanya baju sponsor tunang Awom masih ok lagi. Lagi pun baru pakai 1 kali je hari tu..

Ni saya nak kongsi sikit juadah berbuka puasa yang saya masak hari sabtu lepas. Kebetulan mak saya suh datang berbuka kat rumah dia jadi masak lebih la sikit. Pukul 2 lepas solat Asar saya dan suami ke Tesco Extra Ampang untuk membeli barang2 basah dan kering yang lain.Lama dah tak membeli barang dapur hah...amik ko sampai RM210 abis untuk 2 jam je..

Oklah menu saya hari ni nak berbuka kat rumah mak saya ada ayam goreng dan gulai nanas + tulang ikan talang. Ok ni gambarnya ye..



Resepi ni saya dapat setelah melihat tukang masak kat department dulu..

*nanas potong kecik2 atau kiub
*ikan masin talang (blh guna ikan masin merah/kurau gak)
*serai diketuk
*cili api n kunyit hidup (kisar)
*asam keping
*gula n garam secukup rasa
*santan (saya guna santan kotak jenama KARA)
*daun kunyit..(x taruk pun xpe)

Cara nak masak mudah je..

1. Bahan yang dah dikisar tu masukkan dalam periuk dan kasi mendidih.
2. Masukkan ikan masin, nanas, serai dan santan..selalu kacau untuk kasi kuah tu pekat dan x melimpah ke luar.
3. Pastu masukkan asam keping, gula dan garam secukup rasa..sape2 nak pedas boleh potong cili lg la ye..ni saya buat biar semua orang boleh makan x kisah tua atau muda.
4. Masak hingga nanas agak2 masak atau 15-20 minit pastu sedia untuk dihidang..Suami dan anak saya suka makan ni, tapi anak2 makan kuah je..Janji vitamin tu mereka dapat jugakkan..

Ok ayam goreng plak saya guna garam masala..Bosan gak asyik letak kunyit n garam je kan..Cuba try yang saya punya ni..Ni pun sumbangan daripada Kak Suzana jugak..Boleh dibakar atau digoreng.Bila dah masak macam ayam kat Kenny Rogers plak..

Bahan2..
* Ayam yang dah dipotong/dibelah2 (saiz ikut suka anda)
* Garam Masala (boleh beli kat pasaraya dalam botol kecik je)
* Garam halus (sukatan ikut banyak mana ayam anda)
* Lada putih (dalam 1 sudu kecik)

Cara...
1. Gaul ayam dengan semua bahan2 tu.Perap seketika..
2. Boleh dibakar kat oven atau atas api gas dan juga digoreng
3. Hidang panas2..sedap..

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kenapa MAB tidak perlu KKM?

Penyakit Vertigo - Apa yang perlu kite tahu?

Testimoni LECITHIN SHAKLEE