Aduh sakitnya...

Entry kali ni saya nak citer pasal diri sendiri plak..

Hari ni dah masuk hari ke 3 saya x sihat.Selepas hantar anak balik ke rumah mak, saya pun bergegas ke HKL untuk buat pemeriksaan kesihatan..yelah badan sekejap rasa panas, badan lemah n kadang2 perut terasa macam kena tungku jugak..PANAS!!!

Saya naik skutermerah kesayangan tu la pi sana, senang dan cepat sampai..tapi tak sangka la plak kena cucuk kedua-dua tangan ni..Mula2 kite kenalah daftar dulukan kat klinik pesakit luar tu. Alhamdulillah dah cepat servis sekarang ni..3.30 petang dah boleh jumpa doktor. Saya kena masuk bilik 17b..memang 17 ni nombor bertuah saya la agaknya..Hehehe lahir pun 17hb dan selalu dapat angka giliran nombor 17 masa sekolah dulu..

Saya ada sejarah buasir kesan masa lahir anak pertama dulu. Sekarang ni agak risau kerana najis berdarah la pulak..Adoi..Nasib baik doc India yang cek..so xde la malu sangat. Doc tu minta saya cek tekanan darah dan pergi amik darah kat kaunter 14..Time nak amik darah tu seriau betul coz saya takut jarum dan bau darah yang mana boleh menyebabkan saya pening  dan akan muntah bila terbau. Alhamdulillah mamat kelantan tu pandai amik darah kat lengan tadi dan bau darah pun xde..(^_^) Yang kelakar dia tergelak tengok saya tutup hidung dengan tuala.

Lepas tu darah saya hantar kat makmal, cepat je result dia keluar..Kite bukan doc so x faham la ape yang tertulis kat resit tu..Bila jumpa doc tu balik dia kata usus saya malas nak bekerja so susah nak keluar la bahan2 kumuh tu. Doc sarankan saya makan pisang setiap malam sebelum tido. Insya Allah akan saya makan pisang tu dan tekad dalam hati kena banyakkan berjalan!!! 

Keputusan result tu doc terangkan kat saya dengan mengatakan tekanan darah saya rendah, hb pun kurang..9 je padahal kena minimun 12..erkkk sama macam mengandung la plak dulu selalu kena masalah ni. Kandungan air dalam badan  pun kurang kerana saya banyak "tambah pelaburan" hari ni. Dalam hati terfikir hari ni dah minum air masak lebih 1ltr. Doc cadangkan air dimasukkan dalam badan saya..

Tangan kanan yg x jd cucuk coz nurse lelaki x jumpa urat!

Tangan kiri setelah nurse perempuan berjaya cari urat!

Saya dah bagitau awal2 kepada nurse tu bahawa urat ditangan saya susah sikit..dah ada pengalaman semasa bersalin anak-anak dulu..Perkara yang saya takutkan terjadi jugak. Sorang nurse lelaki ni x jumpa urat kat tangan kananku..Huwaaa..SAKITNYA. Bila tengok saya terjerit, nurse perempuan tolong bantu mamat tu cari kat tangan sebelah kiri plak. Susah jugak..hampir 2 minit tangan ditepuk2 baru jumpa..

Akhirnya 1 botol air dah selamat berada dalam badan saya..45 minit masa di ambil untuk abiskan..Selepas tu amik ubat kat Farmasi..sekejap jugak.Memang pantas HKL sekarang ni!!! Lepas keluar dari situ dan otw ke tempat parking motor, dua-dua tangan dah menunjukkan kesan sakit dan berdenyut2.Alamak macam mana nak bawa motor ni..Minta tolong cik abg datang dan motor skuter tu saya pandu perlahan2 untuk simpan kat kuarters HKL tempat makcik saya keje. Tadi lepas dinner cik abg datang amik motor tu coz cousin dia xde plak utk bawa balik motor..Terima kasih sayang..

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kenapa MAB tidak perlu KKM?

Penyakit Vertigo - Apa yang perlu kite tahu?

Testimoni LECITHIN SHAKLEE