Assalamualaikum wbt. Ya Allah, lamanya tidak kemaskini blogku ini. Semoga aku diberi semangat untuk menulis kembali. Kesibukan dengan kerja hakiki dan menguruskan rumahtangga membataskan untuk aku menulis dalam blog. Mungkin orang akan kata ahh alasan dan mungkin juga ada beranggapan blog sudah tidak ramai yang akan baca. Tapi dengan keadaan munculnya pelbagai medium sosial seperti Tik T*k , ramai mula beralih arah dari FB dan Inst*gram ataupun Tw*tter. Namun Mai percaya masih ada yang akan membaca blog kerana ketika membuat carian dalam google, masih banyak info yang boleh diperolehi melalui blog. Contohnya ketika Mai buat keputusan untuk melancong ke Pulau Langkawi awal bulan lepas. Banyak info yang Mai perolehi ketika mencari maklumat untuk ke sana secara backpacker. Maklumlah sebelum-sebelum ini, Mai ke Pulau Langkawi dengan menaiki kereta api (ini ketika mula-mula jejak kaki ke situ untuk honeymoon, dapat tiket hotel hadiah daripada syarikat tempat suami be...
Ulasan
Catat Ulasan