Catatan

Tunjukkan catatan dari Julai, 2013

Menu berbuka Puasa

Imej
Pejam celik pejam celik dah 20 hari kite berpuasa..X lama lagi dah nak raya plak..Alhamdulillah baju anak2 dah beli awal bulan Mei hari tu, jadi skang tinggal nak cari baju kurung je untuk anak dan untuk saya, suami dan anak bujang x beli kerana rasanya baju sponsor tunang Awom masih ok lagi. Lagi pun baru pakai 1 kali je hari tu.. Ni saya nak kongsi sikit juadah berbuka puasa yang saya masak hari sabtu lepas. Kebetulan mak saya suh datang berbuka kat rumah dia jadi masak lebih la sikit. Pukul 2 lepas solat Asar saya dan suami ke Tesco Extra Ampang untuk membeli barang2 basah dan kering yang lain.Lama dah tak membeli barang dapur hah...amik ko sampai RM210 abis untuk 2 jam je.. Oklah menu saya hari ni nak berbuka kat rumah mak saya ada ayam goreng dan gulai nanas + tulang ikan talang. Ok ni gambarnya ye.. Resepi ni saya dapat setelah melihat tukang masak kat department dulu.. *nanas potong kecik2 atau kiub *ikan masin talang (blh guna ikan masin merah/kurau gak) *...

Leaflet balik Kg Special

Imej
Alhamdulillah cepat je masa berlalu skang ni..Hari ni dah 15 hari kite berpuasa. Alhamdulillah anak-anak saya dapat berpuasa dengan jayanya cuma isnin dan selasa lepas saja anak bujang saya tidak berpuasa kerana demam dan mengalami tonsil, manakala Aida demam semalam tapi masih berpuasa juga kerana nak baju baru katanya..Hahaha alahai anak..Kuat semangatnya. Nasib baik kami dah mengajar mereka berpuasa bermula tahun lepas..Siapa sangka Aida yang berumur 4 tahun 7 bulan sekarang sudah mampu berpuasa penuh sehingga ke hari ni. Kadang-kadang terfikir macam manalah mereka yang dah dewasa atau tua bangka tak mahu berpuasa dan dengan muka tak malu makan kat gerai pastu pakai baju uniform lagi..Makan nasi penuh gulai ayam dan air lagi.Huh..buat malu je,. Bulan ni saya bersyukur sangat2 kerana rezeki bertambah dalam bisnes MLM ni..dah hampir 2 bulan jualan terkumpul saya melebihi 7k..Alhamdulillah..ada rezeki keluarga saya. Upline saya mencadangkan saya supaya mengekalkan prestasi...

Katalog baru JuLai 2013

Imej
Katalog baru 5/2013..Ini bermakna sudah 5 katalog Tupperware Brands dikeluarkan..Sebenarnya katalog ni dah keluar minggu lepas lagi tapi kesibukan menghantar tempahan set kek keluaran Tupperware Brands yang sangat laku pada tahun ini menyebabkan saya lambat untuk memuat naik gambar2 dalam katalog ni.. Tak sangka dalam tempoh 5 hari hampir 40 set kek telah terjual . Terima kasih kepada downline2 saya yang sangat aggresif menjual seperti Kak Amy (juara setakat ini 28 set), Kak G (12 set kek) dan Baity (8 set) . Alhamdulillah mereka menyahut cabaran yang saya berikan..Nantikan hadiah daripada saya ye,,.. Oklah jom kite cuci2 mata dulu dengan pic2 dan barang offer untuk katalog kali ni,,   CANTIK DAN SWEET je kale dia kan...PURPLE! Apa tunggu lagi jom order takut kehabisan. . Blh sms/whatsapp ke 0132550217

Ahlan Wa Sahlan Ya Ramadan

Imej
Ahlan Ya Sahlan Ya Ramadan... Bulan Ramadan datang lagi..Syukur kita masih diberikan kesempatan untuk merasai nikmat berpuasa pada tahun ni..Semoga segala ibadah kite diterimaNya..Amin..